twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Your Ad Here

Tuesday, 2 March 2010

Pakatan: Satu lawan satu di Sarawak

Pakatan Rakyat telah bersetuju agar semua pertandingan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang adalah pertembungan satu lawan satu antara Pakatan dengan BN.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.

Pilihan raya negeri Sarawak - yang terakhir berlangsung pada 2006 - mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen.

Saifuddin berkata, strategi satu lawan satu itu - yang telah menghasilkan kemenangan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 - akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

Sunday, 28 February 2010

Perlumbaan cari pengganti Taib berterusan

Persidangan perwakilan tiga tahun sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bermula di Kuching, Isnin ini mungkin satu perkara membosankan berikutan tiada pertandingan bagi jawatan-jawatan utama kecuali bagi beberapa kerusi dalam majlis tertinggi parti.

Bagaimanapun, atas sebab-sebab politik, persidangan ini akan menarik perhatian penganalisis politik dan para anggota parti memandangkan presiden parti yang telah lama berkhidmat dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekurang-kurangnya mungkin memilih majlis itu bagi membayangkan, paling sedikit, siapa bakal penggantinya.

Sesetengah anggota dalam parti membuat spekulasi bahawa Taib akan memberikan bayangan mengenai kemungkinan siapa selepas ini kerana ini boleh menjadi tempoh terakhir beliau menerajui PBB, parti politik paling kuat di Sarawak.

Tapi, biar betul? Ramai yang masih ragu-ragu bahawa beliau akan berbuat demikian demikian pada ketika ini.

"Beliau sepatutnya mempunyai strategi peralihan mulai sekarang tetapi tiada bukti mengenainya,” kata Datuk Seri Daniel Tajem, yang pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua menteri kepada Taib pada awal 1980-an.

Tajem, yang kini seorang penasihat PKR Sarawak, berkata Taib perlu menghadapinya dan bergelut tanpa menghindarinya dan mengumumkan bahawa beliau akan berhenti dan melepaskannya.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian percaya bahawa Taib akan melepaskan kedudukan tertinggi parti hanya selepas pilihan raya negeri kerana jika beliau meletakkan jawatan sekarang, ia mungkin mencetuskan pergelutan kuasa di dalam parti.

ADUN pula dapat AP

Semua ADUN kini masing-masing boleh memohon untuk mendapatkan satu permit AP untuk mengimport kereta ke negara ini.

Dengan itu, mereka kini menyertai ahli parlimen serta peniaga dan pengimport kereta, diplomat dan individu lain yang menikmati kemudahan tersebut untuk memohon AP daripada kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti).

Surat dari bahagian import dan eksport Miti itu, dikeluarkan pada bulan Februari dan dialamatkan kepada setiausaha dewan undangan negeri (DUN) Selangor, Mohd Yasin Bidin, menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan keputusan tersebut pada 25 Oktober 2009.

Ia sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan para 'yang berhormat' kepada rakyat dan negara, kata surat tersebut.

Menurutnya lagi, kereta yang diimport itu - mesti berusia lima tahun atau kurang - tidak boleh dipindahkan hakmilik kepada pihak lain.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada pemberian AP kepada ADUN itu juga memerlukan mereka membayar yuran RM10,000 untuk permit yang diperolehi itu.

Pembayaran yuran tersebut diumumkan oleh Miti pada bulan Oktober ekoran aduan bahawa AP telah disalahgunakan dengan dijual pada pihak ketiga, daripada digunakan untuk memajukan usahawan kereta bumiputera.

Wednesday, 24 February 2010

Guan Eng disiasat polis

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah diminta menghubungi polis negeri untuk menetapkan masa dan tarikh bagi memberi kenyataan berhubung enam laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Menurut notis dari pihak polis, siasatan tersebut dijalankan berdasarkan laporan yang dibuat Sungai Nibong, Kg Baru, Kubang Semang, Seberang Jaya, Sungai Pinang dan Kepala Batas. Menurut notis itu, empat laporan ialah mengenai dakwaan menyertai perhimpunan haram, satu lagi berkaitan Akta Hasutan 1948 dan tiga laporan mengenai dakwaan jenayah fitnah.

Peguam Jagdeep Singh Deo yang mewakili Lim, menyifatkan siasatan tersebut sebagai satu bentuk gangguan.

"Polis telah menyenaraikan enam kes untuk disiasat. Ini jelas menunjukkan niat untuk mengganggu ketua menteri, tetapi beliau akan memberi kerjasama kepada polis," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Laporan-laporan tersebut dibuat tahun lalu walaupun tiada tarikh khusus disebut. Tidak banyak yang diketahui mengenai dakwaan kesalahan yang dilakukan atau mengenai pengadu.
"Jika ketua menteri hendak mempertahankan dirinya, beliau mesti tahu apakah tuduhan terhadapnya," kata peguam tersebut.

Sunday, 7 February 2010

Kerajaan negeri buat laporan polis terhadap DPMMPP

Kerajaan negeri membuat laporan polis terhadap Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang didakwa membuat kenyataan palsu mengenai kerajaan negeri.

ADUN Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo yang mewakili kerajaan negeri berkata DPMMPP menuduh kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi dengan menganiaya peniaga-peniaga Melayu.

"Kenyataan oleh DPMMPP adalah fitnah dan berniat mencetuskan sentimen perkauman kerana Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan tempatan, Pengurusan Lalulintas Chow Kon Yeow telah menjelaskan perkara ini berdasarkan statistik daripada pihak berkuasa tempatan," katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau turut meminta polis untuk menyiasat sama ada kenyataan yang dikemukakan DPMMPP sebelum ini merupakan kenyataan palsu atau fitnah jenayah terhadap kerajaan negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.